Monday 19 August 2013

Tukang Jahit Pilihan

Hi all.

Ceritanya, aku mula kelas menjahit aku pagi tadi. Setelah beberapa sesi pengajaran, aku buat kesimpulan:

1. Aku rasa tak ramai yang dapat jadi tukang jahit pilihan. Tukang jahit pilihan ni, term yang aku bagi untuk orang yang memang berbakat dan berminat dalam menjahit.

2. Aku rasa, aku pergi kelas menjahit sebab aku nak elak mak aku marah-marah kat rumah kerana tak menjadi produktif masa cuti ni.

3. Aku dah tak minat baju kurung tapi tadi cikgu menjahit ajar macam mana nak jahit baju kurung.

4. Aku rasa aku menjadi semakin pakar untuk menipu diri sendiri melakukan perkara yang aku tak minat.

5. Aku tak tahu kenapa aku join kelas menjahit tadi tapi aku kena pergi lagi.

6. Aku rasa aku gembira tengok kucing kat kelas tadi. Bukan sebab aku dapat belajar menjahit.

7. Aku rasa aku ni pemalas je.

8. I think, I think too much.


Lebih kurang begini la rupa mesin jahit 
yang berperang dengan aku tadi.

Bye semua. 





No comments :