Tuesday 25 November 2014

Siri angker #1: Misteri hantu ampaian

Hai.

Kali ni aku nak cerita pasal zaman aku sekolah asrama dulu. Dari form 1 sampai form 5 aku sekolah asrama kat Kuantan. Haaa? Sekolah apa? Pandai-pandai la kau cari aku sekolah mana dulu. hikhik. So dulu aku ni ada masalah penakut. Nak-nak bila dah masuk pukul 12 ke atas di mana semua orang dah light-off. Tapi oleh sebab aku ni suka kumpul baju untuk dibasuh, maka jadilah fantasi hantu ampaian aku. Aku kumpul baju bukan sebab aku malas basuh baju... aku kumpul sebab aku RAJIN nak basuh baju banyak-banyak.. haa.. power tak power la aku.

Kat asrama aku dulu ada dua ampaian. Satu ampaian dekat court, satu ampaian belakang dorm orang. Belakang dorm aku takde ampaian sebab dah ada dewan makan. Sebagai seorang yang penakut, aku geram jugak kenapa ampaian tu bukan kat belakang dorm aku tapi lama-lama aku pun jadi seorang yang menerima kenyataan sebab aku bukanlah Magneto boleh suka-suka hati angkat ampaian nak letak belakang dorm aku... hahaha.

Anyway, selalunya aku akan basuh baju lepas balik prep malam dan bersambung ke lepas light-off sebab baju aku banyak weh. Nak guna mesin basuh selalu full. Lepas tu kena tunggu orang la, ape la.. last-last guna cara perempuan melayu asrama terakhir jugak. Selalunya aku basuh baju sorang-sorang lepas light-off sebab orang lain biasanya dah siap sebelum light-off. Macam orang gila jugak time basuh baju tu sebab para basuh baju menghadap ke tingkap. Aku ni sedaya upaya tak nak pandang tingkap sampai berus basuh baju pun terpelanting ke lantai tandas.

Yang lagi seram cermin kat singki. Sedaya upaya jugak la aku berusaha untuk tak pandang cermin tu sebab aku tak nak ternampak konon-konon bayangan yang bergerak dari shower ke tandas sebab shower dengan tandas berhadapan. Mana la tahu tiba-tiba ada yang menjelma. Tapi setakat 5 tahun aku kat situ takde lagi la. lulz. So biasanya lepas basuh baju aku terus pergi jemur kat ampaian kat belakang dorm orang tu. Bermula lah segala misteri hantu ampaian aku.

Lepas basuh baju, aku akan hanger terus siap-siap sebab aku tak nak pasang hanger kat ampaian. Dah la penakut. Memang tak la aku nak buat segala benda kat ampaian. Kalau boleh aku nak jemur, lepas tu balik. Biasanya aku berlari tapi bila sampai kat koridor depan dorm orang aku control jalan. Nanti kantoi la aku penakut. Muka aku gangster kot.

Antara sebab-sebab aku takut ampaian gelap adalah:

1. Aku takut ada benda tepuk bahu aku masa tengah pasang hanger kat baju. Hal ini kerana, aku dah penat-penat basuh baju, dan kalau ada benda tepuk bahu aku takut-takut aku terlepas baju tu ke tanah. lepas tu baju tu kotor, dan aku kena basuh baju balik. Penat tau.

2. Aku takutkan kegelapan ampaian. Ampaian tu takde lampu. Bergantung kepada lampu dorm orang dan lampu tandas je. Tapi kalau lepas light-off, lampu tandas tu pun tak cukup nak menerangi kegelapan ampaian tu yang macam nak menelan satu alam semesta. <--- yang ni aku lebih-lebih je. takde la gelap sangat pun.

3. Aku takut tiba-tiba ada yang bagi salam masa aku jemur baju. Yang ni aku tak tahu kenapa. Aku cuma rasa kalau-kalau ada hantu kat ampaian tu, cara dia kacau aku adalah dengan bagi salam. Seram kot. Dah la sorang-sorang. Tapi kalau yang bagi salam tu manusia, dan mungkin dia sama takut dengan aku, nasiblah. Memang aku takkan jawab sebab dah lari balik dorm. Baju yang belum sidai pun aku tibai sambung sidai pagi esok je.

4. Aku takut time aku baca ayat kursi dengan tiga kul sebab nak bagi hilang takut kat ampaian gelap sorang-sorang tu, tiba-tiba ada orang sambung ayat-ayat yang seterusnya. Yang ni mak datuk punya takut. Memang aku lari tak tengok belakang dah. Kucing ke, tikus ke lalu depan mata aku sepak je.

5. Aku takut time aku berjalan balik ke dorm tu ada benda pegang kaki aku macam dalam cerita hantu dalam tv tu. Benda sejuk, berbulu, berlendir, eee.... tak nak la cerita. Takuuuutttt....

6. Aku pernah baca pasal hantu gondorowo. Hantu ni banyak kat kebun getah. Orang yang cerita tu cakaplah. Tapi mesti aku terbayang gondorowo ni kalau aku pergi ampaian belakang dorm orang tu sorang-sorang. Mungkin namanya yang unik. Atau mungkin aku sedang ba
yangkan ampaian tu macam kebun getah, lalu teringat la dekat gondorowo tu. (ye, aku tahu, takde kaitan. tapi ni logik aku. kau kena ikut je logik aku dalam entri ni)

7. Aku takut nenek kebayan 29 Februari tegur aku "Basuh baju ke cu?" Alah. Budak asrama mesti tahu cerita ni. Cuma ianya tak berlaku kat ampaian atau kat mana-mana la. Ni fantasi aku je.



Mungkin muka aku kalau jumpa hantu ampaian. Mungkin. 

Cukuplah 7 sebab tu kerana aku rasa yang tu je kot. Sekarang aku berani sikit tapi kalau situasi tu menyeramkan, aku akan elakkan sebab tak nak bagi imaginasi aku lebih-lebih. hikhik.

Toddles.. :)

Friday 21 November 2014

Siri bercakap dengan kucing #2: Kucing Hitler

Hai.

Hari tu aku dah cerita pasal kucing Illuminati. Hari ni aku nak cerita pasal pertemuan aku dengan kucing Hitler. Dok ah. Bukannya kucing kepunyaan Hitler betul-betul. Cuma dia ada misai sejemput macam Hitler. Comel je aku tengok. hikhik. Tak tahulah kalau-kalau Hitler ada bela kucing ke dulu-dulu. Aku mana sempat jumpa dia. Yang kucing ni dia baby lagi. Kira anak kucing la. Dan dia takut dengan manusia. So, nak gi dekat dengan dia memang payah la. Asyik lari je. Yang aku ni, makin benda tu lari makin aku suka nak pergi dekat. 

Tadi aku baru balik dari ceramah Bahaya Syiah 2.0. Aku balik sorang-sorang lepas tu terjumpa dengan kucing Hitler ni. Aku cari jugak kucing Illuminati tapi tak jumpa-jumpa. Esok je lah. Time aku beli makanan nanti aku nak cari dia. Back to kucing Hitler, dia ni ada adik. Ke, kakak. Ke, abang. Entahlah. Takde masa aku nak cek. Dua-dua ekor sama takut. Aku panggil yang ni kucing Hitler. Mungkin yang satu lagi aku nak panggil dia kucing Stalin sebab aku rasa Hitler dengan Stalin manusia tu kawan baik. Perangai diorang aku tak tahu la pulak lebih kurang ke tidak. Cuma aku rasa nama mereka ni macam serasi bersama. 

So tadi aku pun macam biasalah lipat kertas pamphlet jadi kapal laut. Lepas tu aku bawak balik sampai la terjumpa kucing Hitler. Mula-mula aku umpan dia dengan kapal laut kertas tu. Dia biasalah. Anak kucing kan jakun. Kau hulur pensel kat dia pun bagi dia dah macam unicorn mende tu. Obses tapi masih berjaga-jaga. So tadi aku main-main dengan dia sebab aku nak tangkap gambar dia. Ada dua gambar kat bawah.




Ni gambar aku acah-acah nak hulur kapal laut kat kertas kat dia. Seronok tengok kepala dia ke kiri ke kanan. Jakun. Biasalah. Dulu aku pun ada zaman jakun jugak. Tapi tu cerita lain. Aku snap gambar ni tapi aku nak gambar yang lebih berkualiti dan ada makna. So, aku umpan dia untuk snap gambar kedua pulak.




Ni gambar kedua. Lepas snap baru aku perasan ke-Annabelle-an muka kucing Hitler ni. Aku rasa dia marah sebab aku tipu dia konon-konon nak bagi kapal laut kertas tu. Mula-mula aku ingat nak panggil dia kucing Annabelle tapi tak jadilah sebab nanti aku teringat kat patung Annabelle. Buruk seyh. Lepas tu aku rasa takut pulak nanti kucing Hitler ni adakan concentration camp dan aku takut kalau-kalau aku jadi mangsa pertama dia. Aku pun teruskan perjalanan naik ke bilik. Tapi rupanya dia lagi takut dengan aku rupanya sebab on the way aku nak naik atas tu, mencicit dia lari tak cukup tapak dengan kucing Stalin.

Ceh. Nama je kucing Hitler. Penakut.

Thursday 20 November 2014

Siri bercakap dengan kucing #1: Kucing Illuminati

Hai.




Tadi aku berjaya pegang kucing oren yang selama ni dok takut dengan aku kalau aku datang dekat dengan dia. Aku pelik jugak macam mana dia boleh dah tak takut dengan aku dah. Selama ni kalau aku datang dekat, mesti dia mengiau macam aku ni penyamun yang bermuka bengis nak samun dia walaupun dia cuma seekor kucing yang baju pun tiada untuk dipakai. Walhal aku hanyalah seorang mahasiswi yang selalu lalu depan dia time nak pergi pavi atau kelas dengan bersenjatakan payung in case ada orang nak samun aku masa jalan sorang-sorang atau kalau ada anjing nak 'woff woff' kat aku.

So tadi aku buat macam biasa. Aku mengiau macam biasa lepas tu tiba-tiba dia datang dekat aku sambil balas ngiauan (ada ke ngiauan?) aku. Lepas tu, aku pun apa lagi... seperti seekor buaya yang dicampakkan ayam ketika time lunch, aku pun garu kepala dia. Lepas tu, aku pun garu lagi, garu lagi, garu lagi, garu, garu, garu, garu sampai berdarah kepala dia dan berterabur bulu-bulu kat kepala dia. 

Ceh. Tipu je. 

Aku garu manja je la woi. Lepas tu dia suka and then nak lagi. Ewaahh kucing... ingat aku ni robot ke? Oleh sebab aku takut akan propaganda kucing illuminati yang nak takluk dunia,(kucing dah takluk internet. kau tak tahu ke?) aku pun stop garu kepala dia dan cakap 'Goodbye' kat dia. Of course la dia tak balas. Dia kucing. Sekolah pun tak pergi. Dia pandang aku dengan sayunya sebab dah takde orang nak garu kepala dia. Aku kesian, lepas tu aku pun cakap 'Bye bye kucing.. bye bye kucing..' banyak kali. 

Lepas tu aku angkat kepala dan perasan ada ramai jugak orang lalu-lalang dari pavi nak pergi ke Allamanda dan mungkin telah menjadi saksi seorang mahasiswi bercakap dengan kucing dan persepsi mereka mungkin begini 

"Budak ni mesti dah takde demo nak pergi. Tu yang buang masa pergi bercakap dengan kucing."

Ceh. Takde lah. Mana aku tahu persepsi diorang macam mana. Lepas tu aku pun berjalan balik ke bilik dan menunggu esok hari untuk berjumpa dengan kucing illuminati. 

Tamat. 

P/S: Kesian laki aku nanti. Dah la dapat bini yang bercakap dengan kucing. Lepas tu takutkan propaganda kucing Illuminati. Ish ish ish...


Wednesday 19 November 2014

Two kinds of people

There are two kinds of people in this world.


The first kind:



The second kind:




P/S: Because that's how I organize, baby ;)

Sunday 16 November 2014

Perkaitan strangers, kucing, dengan tingkap aku

Hai.

Sejak aku masuk Unimas, aku stay kat kolej dan dah sampai tahun keempat pun aku stay kat kolej lagi. Nak cerita pasal kumpul merit tu... emmm... memang tak payah lah. Perit wooo...hahaha. Anyway, aku nak cerita pasal tajuk panjang kat atas tu la. Sebenarnya aku nak letak tajuk lain tapi masa aku mandi tadi aku tukar tajuk lah. Deep thoughts selalu kat shower beb. No can do. hahaha.

Korang kan, kalau korang dah lemau study ke, dah bosan buat kerja ke, korang buat apa ek? Sesetengah orang, dia kalau dah lemau study, atau pun bosan buat kerja ke, dia online. Ada orang pergi berborak. Ada orang dia makan, lepas tu merungut takut berat naik. eh.

Anyway, aku nak cerita, kalau aku bosan, aku ada satu tabiat mengacau orang lain. Tapi aku takut nak kacau housemate sebab nanti takut kena marah. So, aku developed satu tabiat ni. Dari first year lagi aku buat benda ni. Dulu, setahun aku duduk blok c. Blok c ni mengadap kolej Allamanda. Lepas tu, kalau budak-budak Allamanda baru balik pavi atau kelas, diorang akan lalu dekat depan blok aku. Satu hari tu, aku bangun tidur, aku rasa bosan gila aku tak tahu nak buat apa. Lepas tu aku nampak ada student tengah berjalan ke Allamanda dari tingkap bilik aku. Kemudian, start la tabiat buruk aku....

Secara tiba-tiba aku sweet kat budak tu. Alaaaahh... korang tahu la yang bunyi kalau budak laki nak kacau perempuan tu.. yang buat guna mulut tu. Sampai muncung-muncung mulut aku nak kacau budak tu. Bilik aku tingkat 2 masa tu. Yang tak boleh blah, aku ingat budak tu tak dengar.. Rupanya dia dengar cuma dia tak tahu dari tingkat mana. lol.


Rupanya macam ni tapi aku tak kenyit mata la masa sweet-sweet tu. 
Gila ape. Bukannya dia nampak pun. 

Lepas tu dia pun start la mencari si polan mana yang dok sweet-sweet kat dia tapi tak jumpa-jumpa. Bila aku sedar dia tak jumpa sumber bunyi, aku buat lagi. Sampai roomate aku masa tu tegur aku dok buat apa. hahaha. Last-last mangsa sweet-sweet aku tu tak jumpa, dia pun balik la ke Allamanda. Aku kesian kat dia sebab mungkin dia dah perasan ada orang nak ngorat dia. Tapi.... dalam masa yang sama.... aku dah makin power buat sweet-sweet ni. kahkah!

Sejak tu ramai la jadi mangsa aku, sampai la aku pindah blok b, tingkat 1. Tingkat SATU bhai, tingkat SATU. Lagi sedap aku sweet-sweet kat orang. Tapi masa tu bilik aku tak mengadap ke pemandangan luar. Bilik housemate aku mengadap ke pemandangan luar. Pulak tu kat bawah rumah aku ada orang jual burger. Lepas tu, hampir setiap malam, kalau aku bosan, aku datang bilik diorang untuk sweet-sweet kat pelanggan burger yang tunggu kat bawah tu.

Yang tu gila best sebab hampir kantoi. Kau tahu, bila kau kacau orang lepas tu hampir kantoi, feeling dia lain. Adrenaline rush dia lain macam sebab lepas tu aku ketawa berdekah dengan kedua-dua tuan punya bilik tu. Sem ni, aku pindah ke blok c balik tapi tingkat 3. Yang kurangnya tingkat 3 ni, bunyi sweet aku tak cukup kuat nak kacau budak yang lalu-lalang kat bawah tu. Dah berapa kali aku cuba tapi takde orang yang perasan.

Last-last, aku ada mangsa baru. Kucing. Ye, kucing. Kau ingat tak seronok kacau kucing? Nak mengiau senang je. Nak buat sweet tu susah sikit. Sejak dari tu, aku nampak je kucing, aku mengiau la dari bilik aku kat tingkat 3 ni. Yang best tu, kucing tu punya semangat pandang kiri kanan sebab ingat bunyi kucing betul. Dah la tak jumpa-jumpa. HAHAHAHA. Nak buat macam mana.. bunyi sweet aku tak kuat dari tingkat 3. Aku ni asalkan ada benda nak dikacau kira ok dah la. Boleh la gelak-gelak sikit lepas tu sambung buat kerja balik.

Lain orang, lain la cara dia handle stress dia buat kerja. Cara aku ni tak bagus.. tapi buat masa sekarang ni, aku jadi macam unstoppable. Cuma mangsa aku sekarang ni kucing je la. Macam baling batu sembunyi tangan pun ada, cuma aku tak baling batu lah. hikhik. Latest aku kacau manusia masa last week. Tapi aku sound suruh senyap je. Diorang ada macam shooting kat bawah untuk assignment kot tapi lama-lama jadi bising. Aku tak terganggu pun dengan kebisingan diorang tu... cuma... aku bosan... sebab lama tak mengacau orang.

P/S: Aku tak sweet kat perempuan je. ekhem.

Saturday 15 November 2014

Kecelaruan identiti sekolah rendah

Hai.

Dulu, masa aku sekolah rendah, kalau korang ingat la kan, ada trend buat kad nama tu. Yang ada katalog, lepas tu boleh pilih nak kad nama tema Hello Kitty ke, Dragon Ball ke, Mas Idayu ke, atau yang lagi best, WWF/WWE.

Mostly, kalau budak perempuan dah confirm akan pilih Hello Kitty, Princess Disney kegemaran atau barbie and the swan and the duck. Nasib baik dulu takde Frozen. Kalau ada, hok tu la yang paling laku sekali. kahkah!

Anyway, aku pun dulu terikut jugak trend kad tu dulu. Hampir jadi pengedar tapi last-last tak jadi sebab aku tak faham cara nak pos mende tu. Give me a break. I was in primary school kot. Mana la aku tahu pos-pos natang ni.. hahah. Dah la alamat dia kat Penang. Aku fikir, makin jauh, makin susah nak pos. Kalau area-area Pahang boleh blah lagi kot.

So, aku pun terjebak dalam trend buat kad nama ni, lepas tu nak dijadikan cerita, masa tu zaman tengah hype Dragon Ball, Sailormoon, dengan boyband-boyband barat yang menjadi idaman wanita-wanita dan juga budak-budak sekolah rendah yang baru nak up. Aku dulu, ganas sikit. Tapi ganas-ganas aku pun, aku minat gila WESTLIFE. Haaa... amik ko. Tapi aku malu nak mengaku. Sebab aku ni dulu ganas, kalau mengaku minat Westlife, dah confirm kena ejek. Tak rock la wei kena ejek dengan boyband. Cehh.. hahah

Masa tu Backstreet Boys pun tengah hype jugak tapi oleh sebab TV2 selalu tayang lagu Westlife masa tu, jadilah aku minat dekat Westlife terutama sekali dekat Mark Feehily. Aku rasa yang tu la paling hensem dalam Westlife. End up, dia gay rupanya. HAHAHAHA. Tahi. Yang kaitan kad nama dengan tajuk entri ni pulak, adalah

AKU NAK BUAT KAD NAMA DRAGON BALL TAPI AKU PUN NAK BUAT KAD NAMA WESTLIFE SEBAB AKU MINAT GILA KAT MARK FEEHILY MASA TU.

Dia macam ni, kalau aku buat kad nama Dragon Ball, aku dikira menepati la dengan kelakuan aku masa tu. Ganas, kasar. Sebab berapa kerat je budak perempuan suka Dragon Ball masa tu. Tapi, pada masa yang sama, hormone keperempuanan aku tengah naik untuk buat kad nama Westlife sebab, aku nak nama aku sebelah muka Mark Feehily masa tu. Lepas tu, aku mula rasa kecelaruan identiti/jantina. Aku tak pasti jantina mana terperangkap dalam jantina mana ni. Hahaha.

Last-last, aku buat dua-dua. Lantak pi lah. Kad nama Dragon Ball aku ada, kad nama Westlife pun aku ada. Aku simpan lagi kad nama Dragon Ball terakhir yang aku ada. Tinggal satu je yang tu. Gambar Goku. Yang Westlife aku dah bagi kat orang. Kau tau tak masa aku bagi tu kan, aku acah-acah macam bagi business card. Mulut cakap: "Eh amik la kad aku ni." padahal dalam hati "This is my card". Nada berlagak kemain. Bawah ni kad Dragon Ball aku. Yang Westlife dah habis sebab aku kecewa Mark Feehily tu gay. kahkah!



Yang "Bring Me To Life" tu sebab masa tu konon nak rock macam Amy Lee. Poyo je lebih. lulz.

Tuesday 11 November 2014

I'm going to be single for a long..long...time



Sup?

Once, my mom said to me about 6/5 years ago:

"Nanti tak payah la bercinta-cinta time sekolah. Final year dekat uni nanti baru cari."

And as a good daughter, I replied:

"Baiklah mak." lol. no. The actual reply --> "Pfftt. Tolonglah. Apa cinta-cinta ni..."

So during the last raya, during the salam-salam asking for forgiveness routine and extracting duit raya from abang, she said to me:

"Mak doakan kakdik dapat jodoh yang baik dan beriman."

Walauwwweehhhh... kau ada? kahkah!

Being a good daughter, I said:

"Insyaallah mak." lol. no. The actual reply --> "Pfftt. Tolonglah. Apa cinta-cinta ni..."

See? The 2009/2008 me, and the 2014 me. No difference at all. *High five bro!

When we got back to our village, all the relatives were fanatic about my brother who's currently working as an engineer in Johor. The usual questions lah. "Dah graduate ke? Kerja apa? Kat mana? Bila nak kahwin?"

As for me, this expressionless, fierce, gangster face of mine swept their questions off long before they were able to make eye-contact with these fiery eyes. The trick is, to salam and leave as soon as possible. *applicable only when you are not friendly enough with the cousins.

Back to the title of the post, I've been thinking a lot lately. Especially the part where I'll be an official graduate of Unimas. Where will I go? What will I do? How much will I get paid? Do I continue Master's degree or not?

Out of the questions, not even once the "Who/when will I marry?" question appeared in my freaking mind. kahkahkah!

Thus, the title.

Toodles! :)

P/S: I'm starting to get really flexible talking about this jodoh stuff in public. Maybe it's because, I don't care about it anymore! hahaha