Sunday 10 November 2013

Gua memang loser macam ni. Jangan tanya kenapa.


Star-struck: Fascinated by or exhibiting a fascination with fame or famous people.

Kau pernah star-struck dengan orang tak? Contohnya macam favorite author kau is in town and kau macam "Seriously? Like SERIOUSLY? OMG. OMG. Aku kena pergi jumpa dia ni. Nak mintak autograf, nak ambik gambar bersama, nak chit-chat bersama. nak bla, bla, bla.." But in the end, kau senyap. Tak bercakap apa-apa pun depan dia. Senyap seribu bahasa. Kau cuma beli buku dia, dan kau blah cepat-cepat dari situ. 

Aku faham sebab aku pun selalu star-struck dengan orang famous. 
Membencikan -.-'

Hari tu baru je terjadi star-struck ni kat aku. Favorite author dah ada depan mata. Sebelum pergi tu, konon-konon prepare nak cakap apa kat mereka, nak ambik autograf la.. Tak..aku tak mengharap pun bergambar bersama sebab aku takde kamera. Kamera phone aku pun cikai je. Phone yang tak pernah bertukar sejak lepas SPM dulu. Kau boleh agak betapa tak smart-phonenya phone aku sebab aku SPM tahun 2009.  

Tibalah hari kejadian, aku pun pergi ke gerai mereka. Aku ingat, aku boleh handle segala gerak-geri aku. Dan aku berharap aku dapat buat ikut plan. Namun begitu...... hancur semuanya. Ke laut.

"Siapalah aku ini.. untuk memintal buih yang memutih.." *lagu Exist.

Aku cuma beli buku mereka je. Lepas tu percakapan aku pun apa yang perlu sahaja. Ni ape yang aku cakap:

Aku: Saya beli yang dua ni lah.
Author: Ok.. yang ni ye?.. semuanya RM45.
Aku: Terima kasih. (aku tak ingat aku senyum ke tidak. lepas tu aku pergi berkumpul kat kawan-kawan aku dan terus blah) 

MACAM HAWAU.

Aku ada pergi kali kedua dengan kali ketiga. Yang second time tu, aku bercakap lebih sikit tapi member aku cakap nada aku kasar dan macam nak cover segan. Sebab dia ada kawan perangai macam aku. Nak-nak kalau orang yang kami star-struck dan kagum tu berlainan jantina. Nebeng sungguh -.-'

Yang kali ketiga tu, aku berdiri kat gerai baju dan tudung murah sebelah gerai mereka. Skodeng sikit-sikit je sebab tunggu kawan aku habis beli buku. Lepas dia habis beli, kami pun blah. Merugikan diri sendiri, I know. 

Sebab tu lah, aku tak pernah ada gambar atau autograf dengan mana-mana orang famous. Sebab aku selalu star-struck lebih-lebih. Padahal dia tu pun manusia jugak. Cuma dia ada kelebihan yang membuatkan aku rasa kagum dan membisu seribu bahasa bila berhadapan. Haduiii~~~

    
                       
credit to Youtube channel

*aku suka part 'memintal buih' tu je. macam kena je dengan entry ni. lol






Sunday 1 September 2013

Contoh-contoh ayat panas hati

1. Me rasa you comel la...hiks!  >.<

2. Adik, come-come here. Don't run-run la. Payah mummy nak find-find adik nanti.

3. If rasa diri 2 just want enjoy,,,batter tak payah,,,thankies! ;)

4. Like giler la that tudung. Awww...

5. You nak eat-eat kat mana? I everywhere pun can hehehe.

6. Me like dizz one. Can me have one? Me suka dizz cute-cute thing. Me pun like cakap cute-cute.

7. I hate giler la orang that buat noise pagi-pagi macam ni. Feel macam nak stab je that orang... :(((((


Dah la tu. Dah takde idea dah nak buat ayat apa. Semua di atas hanya ayat rekaan yang diinspirasikan dari kejadian sebenar.


Do more lah! 

Wednesday 28 August 2013

Liam Gallagher kejut suruh bangun sahur

Hello ladies and gentlemen.

Oleh sebab aku tengah mengganti puasa ni, aku terpaksalah puasa sorang-sorang kat rumah. Sedih gila puasa sorang-sorang. Problemnya, aku ni sangatlah susah nak bangun sahur. Subuh aku bangun. Sahur ni punya la keras mata aku tak nak bukak. Sayang sangat ke tidurnya mata aku ni.

Kalau aku puasa kat Unimas pun, aku mesti tak bersahur. Takde lah lapar sangat pun kalau tak bersahur cuma rugi la tak dapat keberkatan puasa tu kan.

Alarm tu memang set la. Biasanya aku tidur lewat. Sebab kalau aku tidur awal, susah nak bangun subuh pulak. Kitaran biologi aku dah berterabur. Ini bukan zaman sekolah rendah pukul 10 dah tidur. Assignment lagi, projek lagi.

Lu kacau gua tengah tidur gua nangis la. Panggil mak gua cepat!

Tadi aku ingat balik lagu-lagu yang pernah aku set jadi alarm ringtone dulu. Kebanyakannya aku tukar sebab aku macam dah jadi immune pada lagu tu. Kiranya, walaupun lagu tu melalak suruh aku bangun, aku tetap tak bangun sebab dah lali. Antara lagu-lagunya:

1. Incubus - Make A Move

2. Incubus - Anna Molly sebab intro lagu ni power gile wei

3. Lagu-lagu Audioslave sebab suara Chris Cornell mantap gila wei

4. Lagu-lagu Oasis sebab lagu-lagu mereka ni memang pergh pergh pergh

5. Far East - Menanti Di Barzakh. Tiba-tiba sesat lagu nasyid. Ada orang suggest kat aku. Tapi tak jalan gak. Lama-lama immune jugak. 

6. One Direction - What Makes You Beautiful. Lagu ni kuat gila tapi aku tukar sebab sakit hati wei dengar. Lirik dia mengarut. Nanti aku bangun marah-marah. Perempuan dalam video klip dia tu pun pakai mekap. Fake gila lagu.

7. Ada satu lagu One OK Rock. Tak ingat yang mana. Lama jugak tahan yang ni tapi last-last immune jugak. 

8. Spector - Chevy Thunder. Yang ni lagi hampeh. Haram. Tak bangun langsung.

9. Ada beberapa lagu The Offspring dengan Avenged Sevenfold. Aku rasa aku dah immune dengan rock-rock ni. Sekejap je tahan. Lepas tu ke laut.

10. Franz Ferdinand - Do You Want To. Sama la jugak dengan Chevy Thunder tu. Aku rasa lagu-lagu indie ni tak sesuai dibuat alarm.

Itulah antara alarm ringtone aku. Aku tak guna yang dah sedia ada dalam phone sebab yang tu pun aku tak bangun. 

Gua kejut lu bangun sahur apesal lu tak bangun?!


Besar gila problem aku ni. Melayang macam tu je sahur aku :(   

Thursday 22 August 2013

Peng-ganyang bibir terhebat

Hujan lebat gila pagi ni.

Malam semalam aku tengok movie sci-fi The Fifth Element. Movie pasal alien. Movie tu masa Bruce Willis masih ada rambut. Tapi aku tak tahu lah kalau dia cuma pakai rambut palsu semata-mata. Kelakar pulak dia ada rambut. Oh ye. Cerita tu pun ada Milla Jovovich. Aku suka dia ni. Cantik gila bibir dia.

Bercakap tentang bibir, bibir Milla Jovovich ni, xde lah seksi macam Angelina Jolie tu. Tapi, bibir dia ada aura tersendiri. Macam ada bentuk dia sendiri.

Kau tengok dia main gigit-gigit bibir pulak

Aku ada sejarah pasal bibir seksi ni. Tapi bukanlah seseksi bibir Milla Jovovich dan Angelina Jolie. Mereka tu ada gene bibir seksi dalam DNA mereka. Aku ni kes lain. 

Aku kena cili dengan mak aku dulu semata-mata kerana cakap perkataan "BODOH".
Yelah. Mak sape tak marah kan kalau anak mencarut depan mata.

Bergaduh punya pasal, tambah pulak baru belajar perkataan "BODOH" tu dengan kawan, macam peluru perkataan tu keluar dari mulut aku. Mak aku tanpa buang masa, dia pergi dapur, dia ganyang cili banyak-banyak kat mulut aku.

Panas siot. 
Bibir aku jadi tebal gila lepas tu.

Macam mana la kalau bibir Angelina Jolie 
kena ganyang dengan cili

Lepas tu aku tak mencarut dah. Tapi dah besar ni, kadang-kadang keluar jugak perkataan carutan tu. Rugi pulak aku tak ambik gambar lepas kena ganyang dengan cili dulu. 

Agak-agak macam Angelina Jolie kot...*giggles*




Wednesday 21 August 2013

Dilema hadiah reunion

Selamat tengahari dan selamat tidur petang.

Oleh sebab reunion yang bakal terjadi pada hari Sabtu dan Ahad ni, aku makin keliru nak beli hadiah apa untuk reunion. Aku ingat nak beli hadiah yang praktikal sebab kalau beli perhiasan, mesti berhabuk je nanti. Namun begitu, aku takut orang yang terima hadiah aku tu macam tak berapa minat dengan hadiah aku tu.

The Malay Dilemma.
Ok tak. Melampau sangat tu.
The Reunion Gift Dilemma.
Much better.

Aku google tips untuk beli hadiah reunion tapi yang keluar tips beli hadiah untuk kawan-kawan yang nak kahwin.

Ini yang aku dapat hasil carian Google

Amboi. Banyak pulak duit aku kan nak beli hadiah bombastik macam tu. Google ni kadangkala tak membantu sangat pun.

Aku rasa aku dah decide nak beli hadiah apa. Tapi aku ingat nak selit hadiah comel satu. Aku harap, kalau orang yang terima hadiah aku tu nampak hadiah comel tu, dia akan senyum dan simpan sampai la hadiah comel tu boleh digunakan.

Buying gifts is the second hardest thing to do after sewing.
This is madness!

Yusry hensem

Dah pukul 3 pagi.

Dulu zaman muda remaja aku minat gila dengan KRU.
Kumpulan tiga beradik yang hip hop tu. Aku pun tak tahu konsep muzik mereka macam mana sebenarnya. Tapi pointnya, aku minat KRU sebab ada Yusry hensem.

Inilah Yusry hensem

Malam in aku bertwitter sampai lewat malam. Pastu ada member aku confess dia beli Mangga sebab ada gambar Adam AF tu. 

Kira aku ok lagilah sebab aku tak pernah beli Mangga. 
Aku syak gambar Adam tu kat tepi kolam. 
Well, nama pun Mangga.

Babai :)

Tuesday 20 August 2013

Kawalan kelajuan, mesin jahit, dan kereta

Selamat tengahari semua.

Imaginasi aku ketika sedang mengikuti kelas memandu


Semalam aku punya kelas menjahit dari pukul 9.00 sampai 12.30. Oleh sebab pergi dengan rasa malas-malas, aku tak beli pun kain pasang untuk dipotong jadi baju kurung. Jadi, cikgu menjahit suruh aku pergi praktis kawalan kelajuan pemijak mesin jahit.

Aku tak pernah sentuh mesin jahit. Setakat tolong angkat untuk mak aku tu pernahlah sebab mesin tu berat. Aku pulak kuat. Kuatlah dari mak aku.

Rupa-rupanya, mesin jahit ni, kita kena kawal tekanan yang kita nak letakkan dekat pemijak tu supaya nanti baju yang kita jahit tu, tak berkedut dan garisan menjahit tu lurus.

Malangnya, aku ada masalah dengan kawalan kelajuan.
Terutamanya yang melibatkan kaki.

Oleh sebab masalah kawalan kelajuan, aku masih tak dapat nak memandu kereta dengan yakin.
Sebab aku selalu mamai bila kaki dah menekan pedal minyak.
Aku tak dapat kawal kelajuan.

Macam mana nak menjahit kalau tak dapat kawal kelajuan?
Macam mana nak memandu kalau tak dapat kawal kelajuan?

Masih mencuba. Doakan ya :)





Perihal perut aku dan rollerblade impian

Hello manusia sekalian alam.

Aku jamin ramai yang perut mereka satu geng dengan perut aku. Berbunyi-bunyi macam simpan anak naga apabila tengah malam menjengah.

Ok. Ini serius.
Aku lapar gila weh.

Namun memandangkan jarak dapur dan bilik aku jauh macam jarak Voyager 1 dengan bumi, aku buat tak layan je dengan kehendak perut.

Malas tak mengenal lapar dan dahaga.

Aku ada impian. Dari kecik aku simpan impian ni.
Aku dari dulu nak rollerblade.

Inilah rollerblade. Power kan? 

Dulu aku mintak dengan mak aku, tapi dia cakap, kena dapat 5A UPSR baru dapat rollerblade.
Aku dapat 5A. Tapi aku lupa yang aku sebenarnya nak rollerblade. Aku pergi mintak benda lain. 

Rugi weh. 
Tension bila fikir balik.
Kalau aku ada roller blade, boleh la aku pakai rollerblade pergi dapur ketika lapar dan dahaga menyerang.

Ok tak. Melampau sangat tu.

Ada lagi ke budak-budak main rollerblade sekarang ni kat taman-taman perumahan? 
Sekarang ni budak-budak kecik pun main guna motor. 
Aku je tak reti-reti bawak motor. 








Monday 19 August 2013

Tukang Jahit Pilihan

Hi all.

Ceritanya, aku mula kelas menjahit aku pagi tadi. Setelah beberapa sesi pengajaran, aku buat kesimpulan:

1. Aku rasa tak ramai yang dapat jadi tukang jahit pilihan. Tukang jahit pilihan ni, term yang aku bagi untuk orang yang memang berbakat dan berminat dalam menjahit.

2. Aku rasa, aku pergi kelas menjahit sebab aku nak elak mak aku marah-marah kat rumah kerana tak menjadi produktif masa cuti ni.

3. Aku dah tak minat baju kurung tapi tadi cikgu menjahit ajar macam mana nak jahit baju kurung.

4. Aku rasa aku menjadi semakin pakar untuk menipu diri sendiri melakukan perkara yang aku tak minat.

5. Aku tak tahu kenapa aku join kelas menjahit tadi tapi aku kena pergi lagi.

6. Aku rasa aku gembira tengok kucing kat kelas tadi. Bukan sebab aku dapat belajar menjahit.

7. Aku rasa aku ni pemalas je.

8. I think, I think too much.


Lebih kurang begini la rupa mesin jahit 
yang berperang dengan aku tadi.

Bye semua. 





If you're happy and you know it clap your hands

Tepuk tangan kalau kau tak pernah upload gambar dengan caption "Gemuknya saya.. :( "

Tepuk tangan kalau kau tak pernah upload gambar dengan caption "Jerawat sebijik besar gile.. :( "

Kalau jerawat macam ni, rasa-rasa nak bersyukur 
tak dengan jerawat sebijik yang cenonet tu?


Tepuk tangan kalau kau tak pernah upload gambar makanan tanpa sebarang resepi

Tepuk tangan kalau kau single tapi ada yang mintak dating advice

Tepuk tangan kalau kau tak sombong tapi kau cuma ada mood kau sendiri

Tepuk tangan kalau kau mula-mula semangat gila nak buat sesuatu tapi lama-lama hilang semangat

Tepuk tangan kalau kau kidal dan ada orang suka tengok kau menulis sebab comel katanya

Tepuk tangan kalau kau pernah buat pembelian kasut dan baju yang tak berbaloi

Tepuk tangan kalau kau jadi pemalas apabila kau balik rumah.

Dizzy morning *insert pink floyd- brain damage.mp3

29 May 2013 at 09:40
so last night i slept at around 2.45 am.
technically it wasn't night anymore.
but still, tomorrow doesn't start until i woke up.
recently, i've been thinking about me.

1. i can't sleep early. i won't wake up for subuh if i went to bed early

2. don't ask me to watch movies with you if you're gonna end up talking to each other and not focusing on the movie. this is rude. the thing is, nowadays, i've been seeing a movie as a masterpiece (i'm talking about forrest gump, saving private ryan, etc. not mael lambung or hantu bonceng)

3. a 13-year-old child is married to her rapist. (ok this is out of topic but WTF?). when i was 13 i would insist to watch dragon-ball z, sailormoon, you name it. i see this as destroying the girl's future. to her rapist? suka sama suka pun, agak-agak la.

4. i couldn't sleep with the lights turned off (if i happened to sleep alone that time). major problem. penakut punya budak.

5. i've been writing notes again. i'm not taking any english classes right now, and i need to sharpen my english writng skills. i got myself some books, been watching english movies for ages, and yeah, write notes. i need to find the confidence to talk and the knowledge to use the so-called bombastic words.

6. i'm a person with no hope. no. i am ambitious. this is another hope that i'm talking about. maybe i'm like Summer Finn but i don't give hopes to people.

7. couple of months ago, i've been unfriending a lot of people. suka sangat inbox kan. padan muka. semak je. i told you i'm like Summer Finn. a good one la.

8. last night, i listened to yuna-lelaki. kelakar jugak suara yuna bila dengar kuat-kuat. above all, she's awesome.

9. i've been eating vegetables! this is a major change that i've noticed. a good one for me. giving all the vitamins to my body.

10. i like male bloggers. the one that i'm reading now is Redza Minhat's metafizika gampangsolo and matluthfi90's. i've read akutakpeduli by melayu minimalis. akutakpeduli was indeed awesome. i didn't find what i want in females blogger blogs. reviewing about make-up is good but you don't have to do many entries about it. personal life? boring. aku x nak tau kucing kau makan apa pagi ni, atau tudung apa kau pakai pergi kelas tadi. =.='

11. i have high hopes for reunion. i hope, this one reunion that i'll be going, is not the same as the one i went during fasting month last time.

*insert radiohead-creep.mp3

12. orang yang marah ada orang suka dekat dia, adalah MAJOR FAIL. you don't own people's heart, chap. lantak dia lah nak suka kau ke tak. kalau takut kantoi dengan awek, yang kau layan tu kenapa? this has nothing to do with me. aku cuma nak cakap kau fail. tu je.

13. what makes politics dirty is the people. people who reject politics are not thinking straight. be realistic okay?

14. these notes that i've been writing are for my future. i'm afraid, as i'm getting older, i will forget about everything i've experienced during my youth. this explains why i need to make one note about blogs that i've read. aku malas nak buat blog.

i stop here.

*taken from my notes in facebook

Sunday 18 August 2013

Sewing machine, sewing class, UNIMAS


There's a new sewing machine at home.
Well, technically it's not new(second hand). But mak just bought it so yeah, it's new.
I've registered for a sewing class this morning despite i'm going back to UNIMAS in two weeks time. 

It's never too late for anything. That's my motto now :)

Pembukaan :)