Thursday 22 August 2013

Peng-ganyang bibir terhebat

Hujan lebat gila pagi ni.

Malam semalam aku tengok movie sci-fi The Fifth Element. Movie pasal alien. Movie tu masa Bruce Willis masih ada rambut. Tapi aku tak tahu lah kalau dia cuma pakai rambut palsu semata-mata. Kelakar pulak dia ada rambut. Oh ye. Cerita tu pun ada Milla Jovovich. Aku suka dia ni. Cantik gila bibir dia.

Bercakap tentang bibir, bibir Milla Jovovich ni, xde lah seksi macam Angelina Jolie tu. Tapi, bibir dia ada aura tersendiri. Macam ada bentuk dia sendiri.

Kau tengok dia main gigit-gigit bibir pulak

Aku ada sejarah pasal bibir seksi ni. Tapi bukanlah seseksi bibir Milla Jovovich dan Angelina Jolie. Mereka tu ada gene bibir seksi dalam DNA mereka. Aku ni kes lain. 

Aku kena cili dengan mak aku dulu semata-mata kerana cakap perkataan "BODOH".
Yelah. Mak sape tak marah kan kalau anak mencarut depan mata.

Bergaduh punya pasal, tambah pulak baru belajar perkataan "BODOH" tu dengan kawan, macam peluru perkataan tu keluar dari mulut aku. Mak aku tanpa buang masa, dia pergi dapur, dia ganyang cili banyak-banyak kat mulut aku.

Panas siot. 
Bibir aku jadi tebal gila lepas tu.

Macam mana la kalau bibir Angelina Jolie 
kena ganyang dengan cili

Lepas tu aku tak mencarut dah. Tapi dah besar ni, kadang-kadang keluar jugak perkataan carutan tu. Rugi pulak aku tak ambik gambar lepas kena ganyang dengan cili dulu. 

Agak-agak macam Angelina Jolie kot...*giggles*




No comments :