Tuesday 20 August 2013

Kawalan kelajuan, mesin jahit, dan kereta

Selamat tengahari semua.

Imaginasi aku ketika sedang mengikuti kelas memandu


Semalam aku punya kelas menjahit dari pukul 9.00 sampai 12.30. Oleh sebab pergi dengan rasa malas-malas, aku tak beli pun kain pasang untuk dipotong jadi baju kurung. Jadi, cikgu menjahit suruh aku pergi praktis kawalan kelajuan pemijak mesin jahit.

Aku tak pernah sentuh mesin jahit. Setakat tolong angkat untuk mak aku tu pernahlah sebab mesin tu berat. Aku pulak kuat. Kuatlah dari mak aku.

Rupa-rupanya, mesin jahit ni, kita kena kawal tekanan yang kita nak letakkan dekat pemijak tu supaya nanti baju yang kita jahit tu, tak berkedut dan garisan menjahit tu lurus.

Malangnya, aku ada masalah dengan kawalan kelajuan.
Terutamanya yang melibatkan kaki.

Oleh sebab masalah kawalan kelajuan, aku masih tak dapat nak memandu kereta dengan yakin.
Sebab aku selalu mamai bila kaki dah menekan pedal minyak.
Aku tak dapat kawal kelajuan.

Macam mana nak menjahit kalau tak dapat kawal kelajuan?
Macam mana nak memandu kalau tak dapat kawal kelajuan?

Masih mencuba. Doakan ya :)





No comments :