Tuesday 25 November 2014

Siri angker #1: Misteri hantu ampaian

Hai.

Kali ni aku nak cerita pasal zaman aku sekolah asrama dulu. Dari form 1 sampai form 5 aku sekolah asrama kat Kuantan. Haaa? Sekolah apa? Pandai-pandai la kau cari aku sekolah mana dulu. hikhik. So dulu aku ni ada masalah penakut. Nak-nak bila dah masuk pukul 12 ke atas di mana semua orang dah light-off. Tapi oleh sebab aku ni suka kumpul baju untuk dibasuh, maka jadilah fantasi hantu ampaian aku. Aku kumpul baju bukan sebab aku malas basuh baju... aku kumpul sebab aku RAJIN nak basuh baju banyak-banyak.. haa.. power tak power la aku.

Kat asrama aku dulu ada dua ampaian. Satu ampaian dekat court, satu ampaian belakang dorm orang. Belakang dorm aku takde ampaian sebab dah ada dewan makan. Sebagai seorang yang penakut, aku geram jugak kenapa ampaian tu bukan kat belakang dorm aku tapi lama-lama aku pun jadi seorang yang menerima kenyataan sebab aku bukanlah Magneto boleh suka-suka hati angkat ampaian nak letak belakang dorm aku... hahaha.

Anyway, selalunya aku akan basuh baju lepas balik prep malam dan bersambung ke lepas light-off sebab baju aku banyak weh. Nak guna mesin basuh selalu full. Lepas tu kena tunggu orang la, ape la.. last-last guna cara perempuan melayu asrama terakhir jugak. Selalunya aku basuh baju sorang-sorang lepas light-off sebab orang lain biasanya dah siap sebelum light-off. Macam orang gila jugak time basuh baju tu sebab para basuh baju menghadap ke tingkap. Aku ni sedaya upaya tak nak pandang tingkap sampai berus basuh baju pun terpelanting ke lantai tandas.

Yang lagi seram cermin kat singki. Sedaya upaya jugak la aku berusaha untuk tak pandang cermin tu sebab aku tak nak ternampak konon-konon bayangan yang bergerak dari shower ke tandas sebab shower dengan tandas berhadapan. Mana la tahu tiba-tiba ada yang menjelma. Tapi setakat 5 tahun aku kat situ takde lagi la. lulz. So biasanya lepas basuh baju aku terus pergi jemur kat ampaian kat belakang dorm orang tu. Bermula lah segala misteri hantu ampaian aku.

Lepas basuh baju, aku akan hanger terus siap-siap sebab aku tak nak pasang hanger kat ampaian. Dah la penakut. Memang tak la aku nak buat segala benda kat ampaian. Kalau boleh aku nak jemur, lepas tu balik. Biasanya aku berlari tapi bila sampai kat koridor depan dorm orang aku control jalan. Nanti kantoi la aku penakut. Muka aku gangster kot.

Antara sebab-sebab aku takut ampaian gelap adalah:

1. Aku takut ada benda tepuk bahu aku masa tengah pasang hanger kat baju. Hal ini kerana, aku dah penat-penat basuh baju, dan kalau ada benda tepuk bahu aku takut-takut aku terlepas baju tu ke tanah. lepas tu baju tu kotor, dan aku kena basuh baju balik. Penat tau.

2. Aku takutkan kegelapan ampaian. Ampaian tu takde lampu. Bergantung kepada lampu dorm orang dan lampu tandas je. Tapi kalau lepas light-off, lampu tandas tu pun tak cukup nak menerangi kegelapan ampaian tu yang macam nak menelan satu alam semesta. <--- yang ni aku lebih-lebih je. takde la gelap sangat pun.

3. Aku takut tiba-tiba ada yang bagi salam masa aku jemur baju. Yang ni aku tak tahu kenapa. Aku cuma rasa kalau-kalau ada hantu kat ampaian tu, cara dia kacau aku adalah dengan bagi salam. Seram kot. Dah la sorang-sorang. Tapi kalau yang bagi salam tu manusia, dan mungkin dia sama takut dengan aku, nasiblah. Memang aku takkan jawab sebab dah lari balik dorm. Baju yang belum sidai pun aku tibai sambung sidai pagi esok je.

4. Aku takut time aku baca ayat kursi dengan tiga kul sebab nak bagi hilang takut kat ampaian gelap sorang-sorang tu, tiba-tiba ada orang sambung ayat-ayat yang seterusnya. Yang ni mak datuk punya takut. Memang aku lari tak tengok belakang dah. Kucing ke, tikus ke lalu depan mata aku sepak je.

5. Aku takut time aku berjalan balik ke dorm tu ada benda pegang kaki aku macam dalam cerita hantu dalam tv tu. Benda sejuk, berbulu, berlendir, eee.... tak nak la cerita. Takuuuutttt....

6. Aku pernah baca pasal hantu gondorowo. Hantu ni banyak kat kebun getah. Orang yang cerita tu cakaplah. Tapi mesti aku terbayang gondorowo ni kalau aku pergi ampaian belakang dorm orang tu sorang-sorang. Mungkin namanya yang unik. Atau mungkin aku sedang ba
yangkan ampaian tu macam kebun getah, lalu teringat la dekat gondorowo tu. (ye, aku tahu, takde kaitan. tapi ni logik aku. kau kena ikut je logik aku dalam entri ni)

7. Aku takut nenek kebayan 29 Februari tegur aku "Basuh baju ke cu?" Alah. Budak asrama mesti tahu cerita ni. Cuma ianya tak berlaku kat ampaian atau kat mana-mana la. Ni fantasi aku je.



Mungkin muka aku kalau jumpa hantu ampaian. Mungkin. 

Cukuplah 7 sebab tu kerana aku rasa yang tu je kot. Sekarang aku berani sikit tapi kalau situasi tu menyeramkan, aku akan elakkan sebab tak nak bagi imaginasi aku lebih-lebih. hikhik.

Toddles.. :)

No comments :