Sunday 10 November 2013

Gua memang loser macam ni. Jangan tanya kenapa.


Star-struck: Fascinated by or exhibiting a fascination with fame or famous people.

Kau pernah star-struck dengan orang tak? Contohnya macam favorite author kau is in town and kau macam "Seriously? Like SERIOUSLY? OMG. OMG. Aku kena pergi jumpa dia ni. Nak mintak autograf, nak ambik gambar bersama, nak chit-chat bersama. nak bla, bla, bla.." But in the end, kau senyap. Tak bercakap apa-apa pun depan dia. Senyap seribu bahasa. Kau cuma beli buku dia, dan kau blah cepat-cepat dari situ. 

Aku faham sebab aku pun selalu star-struck dengan orang famous. 
Membencikan -.-'

Hari tu baru je terjadi star-struck ni kat aku. Favorite author dah ada depan mata. Sebelum pergi tu, konon-konon prepare nak cakap apa kat mereka, nak ambik autograf la.. Tak..aku tak mengharap pun bergambar bersama sebab aku takde kamera. Kamera phone aku pun cikai je. Phone yang tak pernah bertukar sejak lepas SPM dulu. Kau boleh agak betapa tak smart-phonenya phone aku sebab aku SPM tahun 2009.  

Tibalah hari kejadian, aku pun pergi ke gerai mereka. Aku ingat, aku boleh handle segala gerak-geri aku. Dan aku berharap aku dapat buat ikut plan. Namun begitu...... hancur semuanya. Ke laut.

"Siapalah aku ini.. untuk memintal buih yang memutih.." *lagu Exist.

Aku cuma beli buku mereka je. Lepas tu percakapan aku pun apa yang perlu sahaja. Ni ape yang aku cakap:

Aku: Saya beli yang dua ni lah.
Author: Ok.. yang ni ye?.. semuanya RM45.
Aku: Terima kasih. (aku tak ingat aku senyum ke tidak. lepas tu aku pergi berkumpul kat kawan-kawan aku dan terus blah) 

MACAM HAWAU.

Aku ada pergi kali kedua dengan kali ketiga. Yang second time tu, aku bercakap lebih sikit tapi member aku cakap nada aku kasar dan macam nak cover segan. Sebab dia ada kawan perangai macam aku. Nak-nak kalau orang yang kami star-struck dan kagum tu berlainan jantina. Nebeng sungguh -.-'

Yang kali ketiga tu, aku berdiri kat gerai baju dan tudung murah sebelah gerai mereka. Skodeng sikit-sikit je sebab tunggu kawan aku habis beli buku. Lepas dia habis beli, kami pun blah. Merugikan diri sendiri, I know. 

Sebab tu lah, aku tak pernah ada gambar atau autograf dengan mana-mana orang famous. Sebab aku selalu star-struck lebih-lebih. Padahal dia tu pun manusia jugak. Cuma dia ada kelebihan yang membuatkan aku rasa kagum dan membisu seribu bahasa bila berhadapan. Haduiii~~~

    
                       
credit to Youtube channel

*aku suka part 'memintal buih' tu je. macam kena je dengan entry ni. lol






1 comment :

amirahramli said...

hahahaha,segan pny psal.*tbe2 ak plak yg rsa rugi x mtk sign diorng!