Sunday, 10 November 2013

Gua memang loser macam ni. Jangan tanya kenapa.


Star-struck: Fascinated by or exhibiting a fascination with fame or famous people.

Kau pernah star-struck dengan orang tak? Contohnya macam favorite author kau is in town and kau macam "Seriously? Like SERIOUSLY? OMG. OMG. Aku kena pergi jumpa dia ni. Nak mintak autograf, nak ambik gambar bersama, nak chit-chat bersama. nak bla, bla, bla.." But in the end, kau senyap. Tak bercakap apa-apa pun depan dia. Senyap seribu bahasa. Kau cuma beli buku dia, dan kau blah cepat-cepat dari situ. 

Aku faham sebab aku pun selalu star-struck dengan orang famous. 
Membencikan -.-'

Hari tu baru je terjadi star-struck ni kat aku. Favorite author dah ada depan mata. Sebelum pergi tu, konon-konon prepare nak cakap apa kat mereka, nak ambik autograf la.. Tak..aku tak mengharap pun bergambar bersama sebab aku takde kamera. Kamera phone aku pun cikai je. Phone yang tak pernah bertukar sejak lepas SPM dulu. Kau boleh agak betapa tak smart-phonenya phone aku sebab aku SPM tahun 2009.  

Tibalah hari kejadian, aku pun pergi ke gerai mereka. Aku ingat, aku boleh handle segala gerak-geri aku. Dan aku berharap aku dapat buat ikut plan. Namun begitu...... hancur semuanya. Ke laut.

"Siapalah aku ini.. untuk memintal buih yang memutih.." *lagu Exist.

Aku cuma beli buku mereka je. Lepas tu percakapan aku pun apa yang perlu sahaja. Ni ape yang aku cakap:

Aku: Saya beli yang dua ni lah.
Author: Ok.. yang ni ye?.. semuanya RM45.
Aku: Terima kasih. (aku tak ingat aku senyum ke tidak. lepas tu aku pergi berkumpul kat kawan-kawan aku dan terus blah) 

MACAM HAWAU.

Aku ada pergi kali kedua dengan kali ketiga. Yang second time tu, aku bercakap lebih sikit tapi member aku cakap nada aku kasar dan macam nak cover segan. Sebab dia ada kawan perangai macam aku. Nak-nak kalau orang yang kami star-struck dan kagum tu berlainan jantina. Nebeng sungguh -.-'

Yang kali ketiga tu, aku berdiri kat gerai baju dan tudung murah sebelah gerai mereka. Skodeng sikit-sikit je sebab tunggu kawan aku habis beli buku. Lepas dia habis beli, kami pun blah. Merugikan diri sendiri, I know. 

Sebab tu lah, aku tak pernah ada gambar atau autograf dengan mana-mana orang famous. Sebab aku selalu star-struck lebih-lebih. Padahal dia tu pun manusia jugak. Cuma dia ada kelebihan yang membuatkan aku rasa kagum dan membisu seribu bahasa bila berhadapan. Haduiii~~~

    
                       
credit to Youtube channel

*aku suka part 'memintal buih' tu je. macam kena je dengan entry ni. lol






Sunday, 1 September 2013

Contoh-contoh ayat panas hati

1. Me rasa you comel la...hiks!  >.<

2. Adik, come-come here. Don't run-run la. Payah mummy nak find-find adik nanti.

3. If rasa diri 2 just want enjoy,,,batter tak payah,,,thankies! ;)

4. Like giler la that tudung. Awww...

5. You nak eat-eat kat mana? I everywhere pun can hehehe.

6. Me like dizz one. Can me have one? Me suka dizz cute-cute thing. Me pun like cakap cute-cute.

7. I hate giler la orang that buat noise pagi-pagi macam ni. Feel macam nak stab je that orang... :(((((


Dah la tu. Dah takde idea dah nak buat ayat apa. Semua di atas hanya ayat rekaan yang diinspirasikan dari kejadian sebenar.


Do more lah! 

Wednesday, 28 August 2013

Liam Gallagher kejut suruh bangun sahur

Hello ladies and gentlemen.

Oleh sebab aku tengah mengganti puasa ni, aku terpaksalah puasa sorang-sorang kat rumah. Sedih gila puasa sorang-sorang. Problemnya, aku ni sangatlah susah nak bangun sahur. Subuh aku bangun. Sahur ni punya la keras mata aku tak nak bukak. Sayang sangat ke tidurnya mata aku ni.

Kalau aku puasa kat Unimas pun, aku mesti tak bersahur. Takde lah lapar sangat pun kalau tak bersahur cuma rugi la tak dapat keberkatan puasa tu kan.

Alarm tu memang set la. Biasanya aku tidur lewat. Sebab kalau aku tidur awal, susah nak bangun subuh pulak. Kitaran biologi aku dah berterabur. Ini bukan zaman sekolah rendah pukul 10 dah tidur. Assignment lagi, projek lagi.

Lu kacau gua tengah tidur gua nangis la. Panggil mak gua cepat!

Tadi aku ingat balik lagu-lagu yang pernah aku set jadi alarm ringtone dulu. Kebanyakannya aku tukar sebab aku macam dah jadi immune pada lagu tu. Kiranya, walaupun lagu tu melalak suruh aku bangun, aku tetap tak bangun sebab dah lali. Antara lagu-lagunya:

1. Incubus - Make A Move

2. Incubus - Anna Molly sebab intro lagu ni power gile wei

3. Lagu-lagu Audioslave sebab suara Chris Cornell mantap gila wei

4. Lagu-lagu Oasis sebab lagu-lagu mereka ni memang pergh pergh pergh

5. Far East - Menanti Di Barzakh. Tiba-tiba sesat lagu nasyid. Ada orang suggest kat aku. Tapi tak jalan gak. Lama-lama immune jugak. 

6. One Direction - What Makes You Beautiful. Lagu ni kuat gila tapi aku tukar sebab sakit hati wei dengar. Lirik dia mengarut. Nanti aku bangun marah-marah. Perempuan dalam video klip dia tu pun pakai mekap. Fake gila lagu.

7. Ada satu lagu One OK Rock. Tak ingat yang mana. Lama jugak tahan yang ni tapi last-last immune jugak. 

8. Spector - Chevy Thunder. Yang ni lagi hampeh. Haram. Tak bangun langsung.

9. Ada beberapa lagu The Offspring dengan Avenged Sevenfold. Aku rasa aku dah immune dengan rock-rock ni. Sekejap je tahan. Lepas tu ke laut.

10. Franz Ferdinand - Do You Want To. Sama la jugak dengan Chevy Thunder tu. Aku rasa lagu-lagu indie ni tak sesuai dibuat alarm.

Itulah antara alarm ringtone aku. Aku tak guna yang dah sedia ada dalam phone sebab yang tu pun aku tak bangun. 

Gua kejut lu bangun sahur apesal lu tak bangun?!


Besar gila problem aku ni. Melayang macam tu je sahur aku :(   

Thursday, 22 August 2013

Peng-ganyang bibir terhebat

Hujan lebat gila pagi ni.

Malam semalam aku tengok movie sci-fi The Fifth Element. Movie pasal alien. Movie tu masa Bruce Willis masih ada rambut. Tapi aku tak tahu lah kalau dia cuma pakai rambut palsu semata-mata. Kelakar pulak dia ada rambut. Oh ye. Cerita tu pun ada Milla Jovovich. Aku suka dia ni. Cantik gila bibir dia.

Bercakap tentang bibir, bibir Milla Jovovich ni, xde lah seksi macam Angelina Jolie tu. Tapi, bibir dia ada aura tersendiri. Macam ada bentuk dia sendiri.

Kau tengok dia main gigit-gigit bibir pulak

Aku ada sejarah pasal bibir seksi ni. Tapi bukanlah seseksi bibir Milla Jovovich dan Angelina Jolie. Mereka tu ada gene bibir seksi dalam DNA mereka. Aku ni kes lain. 

Aku kena cili dengan mak aku dulu semata-mata kerana cakap perkataan "BODOH".
Yelah. Mak sape tak marah kan kalau anak mencarut depan mata.

Bergaduh punya pasal, tambah pulak baru belajar perkataan "BODOH" tu dengan kawan, macam peluru perkataan tu keluar dari mulut aku. Mak aku tanpa buang masa, dia pergi dapur, dia ganyang cili banyak-banyak kat mulut aku.

Panas siot. 
Bibir aku jadi tebal gila lepas tu.

Macam mana la kalau bibir Angelina Jolie 
kena ganyang dengan cili

Lepas tu aku tak mencarut dah. Tapi dah besar ni, kadang-kadang keluar jugak perkataan carutan tu. Rugi pulak aku tak ambik gambar lepas kena ganyang dengan cili dulu. 

Agak-agak macam Angelina Jolie kot...*giggles*




Wednesday, 21 August 2013

Dilema hadiah reunion

Selamat tengahari dan selamat tidur petang.

Oleh sebab reunion yang bakal terjadi pada hari Sabtu dan Ahad ni, aku makin keliru nak beli hadiah apa untuk reunion. Aku ingat nak beli hadiah yang praktikal sebab kalau beli perhiasan, mesti berhabuk je nanti. Namun begitu, aku takut orang yang terima hadiah aku tu macam tak berapa minat dengan hadiah aku tu.

The Malay Dilemma.
Ok tak. Melampau sangat tu.
The Reunion Gift Dilemma.
Much better.

Aku google tips untuk beli hadiah reunion tapi yang keluar tips beli hadiah untuk kawan-kawan yang nak kahwin.

Ini yang aku dapat hasil carian Google

Amboi. Banyak pulak duit aku kan nak beli hadiah bombastik macam tu. Google ni kadangkala tak membantu sangat pun.

Aku rasa aku dah decide nak beli hadiah apa. Tapi aku ingat nak selit hadiah comel satu. Aku harap, kalau orang yang terima hadiah aku tu nampak hadiah comel tu, dia akan senyum dan simpan sampai la hadiah comel tu boleh digunakan.

Buying gifts is the second hardest thing to do after sewing.
This is madness!

Yusry hensem

Dah pukul 3 pagi.

Dulu zaman muda remaja aku minat gila dengan KRU.
Kumpulan tiga beradik yang hip hop tu. Aku pun tak tahu konsep muzik mereka macam mana sebenarnya. Tapi pointnya, aku minat KRU sebab ada Yusry hensem.

Inilah Yusry hensem

Malam in aku bertwitter sampai lewat malam. Pastu ada member aku confess dia beli Mangga sebab ada gambar Adam AF tu. 

Kira aku ok lagilah sebab aku tak pernah beli Mangga. 
Aku syak gambar Adam tu kat tepi kolam. 
Well, nama pun Mangga.

Babai :)

Tuesday, 20 August 2013

Kawalan kelajuan, mesin jahit, dan kereta

Selamat tengahari semua.

Imaginasi aku ketika sedang mengikuti kelas memandu


Semalam aku punya kelas menjahit dari pukul 9.00 sampai 12.30. Oleh sebab pergi dengan rasa malas-malas, aku tak beli pun kain pasang untuk dipotong jadi baju kurung. Jadi, cikgu menjahit suruh aku pergi praktis kawalan kelajuan pemijak mesin jahit.

Aku tak pernah sentuh mesin jahit. Setakat tolong angkat untuk mak aku tu pernahlah sebab mesin tu berat. Aku pulak kuat. Kuatlah dari mak aku.

Rupa-rupanya, mesin jahit ni, kita kena kawal tekanan yang kita nak letakkan dekat pemijak tu supaya nanti baju yang kita jahit tu, tak berkedut dan garisan menjahit tu lurus.

Malangnya, aku ada masalah dengan kawalan kelajuan.
Terutamanya yang melibatkan kaki.

Oleh sebab masalah kawalan kelajuan, aku masih tak dapat nak memandu kereta dengan yakin.
Sebab aku selalu mamai bila kaki dah menekan pedal minyak.
Aku tak dapat kawal kelajuan.

Macam mana nak menjahit kalau tak dapat kawal kelajuan?
Macam mana nak memandu kalau tak dapat kawal kelajuan?

Masih mencuba. Doakan ya :)